ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA, DIHARAP PERKONGSIAN ILMU YANG KAMI SEKUMPULAN CURAHKAN DI BLOG INI DAPAT TUAN PUAN GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.,,,
Wan Zharfanhadi Bin Wan Zahari
π1.1 Konsep Kemahiran
Belajar
Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005), kemahiran merujuk kepada kecekapan dan kepandaian
seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar pula ialah usaha untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui perubahan tingkah laku.
Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu
dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan
merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran
seumur hidup.
Para pelajar
perlulah menguasai kemahiran belajar untuk mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan diri dalam proses pembelajaran.
- memudahkan pelajar mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna
- memupuk minat dan amalan suka belajar
- mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi
- memupuk disiplin
- melatih membaca dengan cepat
- melatih mengumpul maklumat dengan cekap
- melatih memproses maklumat
- mencungkil dan mengasah bakat
- memperoleh kemahiran membuat rujukan
- melatih individu menghadapi cabaran
- melatih menguruskan masa
π1.2 Komponen
Kemahiran Belajar
πΌ1.2.1 Pengurusan
Pembelajaran
Terdapat beberapa
perkara yang berkesan dalam pengurusan pembelajaran
- Tuliskan semua tugasan
- Tetapkan senarai "To Do List"
- Gunakan kalendar
- Wujudkan rangkaian kenalan
- Sentiasa teratur dan motivasi
πΌ1.2.2 Pengurusan
Masa
- Membuat senarai singkat untuk setiap tugasan
- Membina stamina dari semasa ke semasa
- Mendahulukan tugasan yang paling sukar
- Memberikan ganjaran pada diri
πΌ1.2.3 Gaya Belajar
Gaya pembelajaran
bagi setiap pelajar adalah berbeza
mengikut gaya tersendiri. Gaya belajar boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu :
Kinestetik -
kemahiran psikomotor yang baik dan memerlukan masa rehat yang singkat.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan dapat bekerjasama dengan baik
dengan orang lain.
Visual -
Menggambarkan gambar dan cerita serta peristiwa daripada apa yang dilihat
melalui mata tetapi kelemahannya mudah lupa tentang perkara yang terperinci.
Berminat menggunakan pengurusan grafik dalam pembelajaran
Auditori - Memahami
sesuatu pembelajaran melalui proses mendengar dan bercakap seperti dalam suasana
kuliah dan perbincangan kumpulan.

πΌ1.2.4 Membaca dan
Berfikir
Kita mestilah
mempunyai amalan membaca bahan yang bermaklumat sambil berfikir dengan berkesan
untuk mendapatkan informasi. Pembacaan dengan tujuan membawa maksud :
- Membuat ulang kaji
- Memberikan perhatian kepada gambar dan lain-lain
- Membaca kandungan bab sambil mencatat kata kunci
- Merumuskan idea utama secara lisan dan bertulis
πΌ1.2.5 Penyertaan
Aktif di dalam Kelas
- Bersedia untuk belajar
- Membaca tajuk pelajaran terlebih dahulu
- Menyediakan soalan untuk ditujukan kepada guru
- Berkongsi maklumat
- Libatkankan diri dalam projek kumpulan
πΌ1.2.6 Mengambil Nota
Sewaktu proses
P&P, pelajar haruslah mengambil nota untuk memahami konsep utama, pengekalan
maklumat dan penerangan mengenai suatu topik yang kurang jelas. Nota yang
diambil sangat membantu pelajar ketika mereka ingin membuat ulang kaji untuk
peperiksaan yang akan datang. Oleh itu, pelajar digalakkan mengambil nota. Nota yang berkesan akan membolehkan
pelajar untuk mengingati apa-apa yang telah dibaca.
πΌ1.2.7 Refleksi
Pelajar perlu
melakukan refleksi bagi persediaan pembelajaran. Oleh itu, pelajar perlulah
mahir dalam mengenal pasti bahagian pelajaran yang baik dengan pelajaran yang
memerlukan kerja tambahan agar tidak ketinggalan dan tercicir di dalam kelas.
Pelajar juga mestilah menyemak keputusan peperiksaan ataupun keputusan ujian
untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri dalam bidang akademik.
ARTIKEL SETERUSNYA
No comments:
Post a Comment