Wednesday, 18 September 2019


Ng Sheng Wen

😃1.4  Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self Regulated Learning)




Pembelajaran Regulasi Kendiri, atau dikenali sebagai SRL ialah proses pembelajaran yang mendorong para pelajar untuk menentukan matlamat dalam pembelajaran. Bukan itu sahahaja, SRL juga membantu pelajar untuk mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran serta hasil usaha mereka dalam proses memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dan teliti tentang sesuatu pembelajaran.


Antara sebab pelajar perlu SRL adalah untuk tujuan berikut:


(a) Meningkatkan pencapaian dalam akademik


(b) Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat (long-life-learning)


(c) Memberikan penghargaan intrinsik


(d) Meningkatkan dan memperluas pemahaman tentang ilmu pengetahuan yang    dipelajari


(e) Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah


(f) Memupuk sikap yang terpuji dan keterampilan diri sendiri


(g) Menilai halangan yang mungkin wujud dan melakukan tindakan yang diperlukan


(h) Memupuk sikap berdikari dalam diri pelajar agar dapat mencapai hasil pembelajaran secara efektif.


Menurut Zimmerman (2000) terdapat tiga fasa yang menentukan keberkesanan dalam proses pembelajaran regulasi kendiri seperti yang dijelaskan berikut:




(a) Fasa Pemikiran (Forethought Phase)


Para pelajar menganalisis tugas, menetapkan matlamat, merancang cara untuk mencapai kejayaan dan mempunyai motivasi bagi memacu proses dan mempengaruhi strategi pembelajaran.




(b) Fasa Pelaksanaan (Perfomance Phase)


Fasa pelaksanaan ini merujuk kepada pelaksanaan tugas yang dirancang leh para pelajar, memantau perkembangannya serta menggunakan beberapa strategi kawalan diri secara kognitif dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugas.




(c) Fasa Refleksi Kendiri (Self-Reflection Phase)


Pada fasa ini, pelajar akan membuat penilaian terhadap prestasi mereka sendiri ke arah matlamat akhir. Mereka membuat penilaian terhadap pelaksanaan, kejayaan atau kegagalan tugasan mereka. Penilaian ini menghasilkan reaksi dalam diri mereka yang boleh memberikan kesan positif atau negatif dalam diri pelajar ketika menyelesaikan tugasan.




Pelajar pembelajaran regulasi kendiri sentiasa berjaya kerana mereka sendiri akan mengawal tindakan mereka terhadap matlamat pembelajaran yang ditentukan. (Perry, Philips & Hutchinson, 2006) Pembelajaran regulasi kendiri seharusnya diaplikasikan dalam tiga fasa pembelajaran yang berbeza, iaitu fasa pertama, semasa pembelajaran awal; fasa kedua, ketika mengatasi masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran; dan fasa ketiga adalah ketika mengajar orang lain tentang ilmu pengetahuan yang telah dipelajari (Palincsar & Brown, 2009).



Terdapat 7 elemen dalam proses pembelajaran regulasi kendiri, iaitu:




(a) Motivasi Kendiri


Pelajar mempunyai keinginan untuk menyiapkan tugasan pembelajaran dengan berkesan. Motivasi tersebut mestilah dimunculkan atas kehendak diri sendiri berbanding dengan pengaruh luaran seperti ganjaran atau peneguhan. Pelajar akan mempunyai motivasi kendiri hanya dengan adanya keyakinan kendiri (self-efficacy) yanng tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran dengan baik.




(b) Merancang


Pelajar mengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang sedia ada bagi tugas pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri merancang awal tugasan pembelajaran dan menggunakan masa mereka dengan berkesan untuk mencapai matlamat mereka.




(c) Pengawalan tumpuan


Pengawalan dalam pembelajaran regulasi kendiri merujuk kepada tumpuan yang maksimum terhadap tugasan pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri cuba untuk menfokuskan tumpuan mereka terhadap isi pelajaran dan berusaha untuk tidak hilang fokus semasa proses pembelajaran.




(d) Aplikasi Strategi Pembelajaran


Pelajar memilih dan menggunakan strategi pembelajaran untuk memproses bahan yang telah dipelajari. Pelajar regulasi kendiri memilih strategi belajar yang berbeza bergantung kepada matlamat khusus yang inngin dipenuhi, contohnya cara mereka membaaca artikel majalah berbeza mengikut keadaan, iaitu untuk hiburan atau peperiksaan.




(e) Menetapkan matlamat


Mengenal pasti pengakhiran untuk aktiviti pembelajaran. Pelajar pembelajaran regulasi kendiri mengetahui tentang tugasan yang perlu diselesaikan apabila mereka belajar atau membaca. Mereka mungkin mahu mencari dan mempelajari fakta dengan lebih spesifik, mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau hanya mendapatkan pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan ujian di bilik darjah.




(f) Pemantauan kendiri


Pemantauan kendiri dilakukan dari semasa ke semasa untuk menyemak dan melihat sama adaperkembangan berlaku untuk mencapai matlamat. Pelajar pembelajaran regulasi kendiri sentiasa memantau perkembangan mereka semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran atau memodifikasikan matlamat mereka jika perlu.




(g) Penilaian kendiri


Pelajar menilai hasil terakhir daripada usaha sendiri. Pelajar pembelajaran regulasi kendiri menentukan sama ada apa-apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan.



untuk malumat yang lebih lanjut sila layari


HAI, DIHARAP ISI BLOG SAYA INI DAPAT MEMBANTU ANDA SEMUA DALAM MELAKUKAN TUGASAN MASING-MASING😘

Muhammad Hazrul Imran Bin Abd Rashib


😃1.3 Ciri-ciri Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru



Persekitaran Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru (IPG)

Image result for ipg

     Menurut Robert M Gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu manakala Anita E. Woolfolk pula menyatakan pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang pernah dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.
Image result for study

     Selain itu, Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG. Walaubagaimanapun, Bimbingan pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.

Image result for assignment ipg


     Bukan itu sahaja, pembelajaran di IPG ini juga banyak melakukan aktiviti Tutorial dimana guru pelatih diberikan tugas masing-masing dan mereka harus membentangkan hasil tugasan mereka. Selain itu, aktiviti secara berkumpulan juga banyak diterapkan semasa di kursus ini. Hal ini , akan membuatkan guru pelatih ini melatih sikap berkerjasama dalam melakukan tugasan tersebut.Oleh itu, mereka akan dapat bertukar idea sesama sendiri ketika melaksanakan tugasan berkumpulan.


KELEBIHAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN YANG DITERAPKAN DI IPG    

        
     Seterusnya, Pelajar IPG juga akan lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.Di IPG, pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan.Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan Pelbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan. Pelajar perlu menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan. Maklumat yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan.


       Untuk pengetahuan semua di IPG juga pelajar diajar menggunakan pelbagai unsur yang menggunakan "internet". seperti penggunaan perpustakaan atas talian  sebagai contoh klik ( ipgelib ). Hal ini, akan memudahkan guru pelatih mencari bahan-bahan untuk membuat tugasan mereka.

Image result for GAMBAR  JURNAL
     Di samping itu, Pelajar juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.pelajar juga mesti mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu menghasilakan bentuk penulisan yang menarik dan senang difahami.Pelajar IPG lebih banyak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan bahan pembelajaran amnakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada buku teks.Bukan itu sahaja, Pelajar IPG perlu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks.


Image result for class


       Akhir sekali, Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG.Pelajar IPG perlu meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.Selain itu, guru pelatih di ipg ini perlulah pandai menggunakan teknik pembelajaran kendiri,Pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich, 1995).Pembelajaran regulas kendiri berpusatkan pelajar di ana pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri serta pembelajaran yang telah diperoleh.pembelajaran regulasi kendiri mampu meningkatkan pencapaian dalam akademik, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan memberikan penghargaan intrinstik.
     
Image result for study

PERHATIAN!!!!
JIKA KAMU SEMUA INGIN MENGETAHUI MAKSUD PEMBELAJARAN,TESIS,PROSIDING DAN LAIN-LAIN. ANDA HANYA PERLU MENEKAN PERKATAAN YANG BERWARNA JINGGA  DI BLOG SAYA INI....TERIMA KASIH :)

SEBAGAI CONTOH -----  PEMBELAJARAN

JIKA DIDALAM BLOG SAYA INI TERDAPAT BANYAK KEKURANGAN, SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON KEMAAFAN, DAN ANDA SEMUA BOLEH MEMBANTU SAYA UNTUK MEMPERBAIKI KESILAPAN DENGAN KOMEN DI BAWAH :)


  

Tuesday, 17 September 2019

pengenalan kemahiran belajar


    ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA, DIHARAP PERKONGSIAN ILMU YANG KAMI SEKUMPULAN CURAHKAN DI BLOG INI DAPAT TUAN PUAN GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.,,,

Wan Zharfanhadi Bin Wan Zahari


😃1.1 Konsep Kemahiran Belajar

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kemahiran merujuk kepada kecekapan dan kepandaian seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar pula ialah usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui perubahan tingkah laku. Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.



Para pelajar perlulah menguasai kemahiran belajar untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri dalam proses pembelajaran.

 Terdapat beberapa kepentingan belajar dan kepentingan tersebut adalah :

  • memudahkan pelajar mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna
  • memupuk minat dan amalan suka belajar
  • mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi
  • memupuk disiplin
  • melatih membaca dengan cepat
  • melatih mengumpul maklumat dengan cekap
  • melatih memproses maklumat
  • mencungkil dan mengasah bakat
  • memperoleh kemahiran membuat rujukan
  • melatih individu menghadapi cabaran
  • melatih menguruskan masa



😃1.2 Komponen Kemahiran Belajar


 Jika seseorang itu ingin berjaya, seseorang itu mestilah mempunyai tanggungjawab yang terletak pada diri sendiri. Tanggungjawab itu meningkat pada setiap peringkat pada setiap peringkat pengajian. Oleh itu, terdapat pelbagai komponen-komponen kemahiran belajar yang diperlukan untuk memastikan satu matlamat tercapai.



😼1.2.1 Pengurusan Pembelajaran

Terdapat beberapa perkara yang berkesan dalam pengurusan pembelajaran

  • Tuliskan semua tugasan
  • Tetapkan senarai "To Do List"
  • Gunakan kalendar
  • Wujudkan rangkaian kenalan
  • Sentiasa teratur dan motivasi


😼1.2.2 Pengurusan Masa

Pengurusan masa penting agar kehidupan seharian lebih teratur

  • Membuat senarai singkat untuk setiap tugasan
  • Membina stamina dari semasa ke semasa
  • Mendahulukan tugasan yang paling sukar
  • Memberikan ganjaran pada diri


😼1.2.3 Gaya Belajar

Gaya pembelajaran bagi setiap pelajar adalah berbeza  mengikut gaya tersendiri. Gaya belajar boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

Kinestetik - kemahiran psikomotor yang baik dan memerlukan masa rehat yang singkat. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan dapat bekerjasama dengan baik dengan orang lain.


Visual - Menggambarkan gambar dan cerita serta peristiwa daripada apa yang dilihat melalui mata tetapi kelemahannya mudah lupa tentang perkara yang terperinci. Berminat menggunakan pengurusan grafik dalam pembelajaran
Auditori - Memahami sesuatu pembelajaran melalui proses mendengar dan bercakap seperti dalam suasana kuliah dan perbincangan kumpulan.

                                                                 Image result for mengambil nota

😼1.2.4 Membaca dan Berfikir

Kita mestilah mempunyai amalan membaca bahan yang bermaklumat sambil berfikir dengan berkesan untuk mendapatkan informasi. Pembacaan dengan tujuan membawa maksud :

  • Membuat ulang kaji
  • Memberikan perhatian kepada gambar dan lain-lain
  • Membaca kandungan bab sambil mencatat kata kunci
  • Merumuskan idea utama secara lisan dan bertulis
Image result for thinking



😼1.2.5 Penyertaan Aktif di dalam Kelas

  • Bersedia untuk belajar
  • Membaca tajuk pelajaran terlebih dahulu
  • Menyediakan soalan untuk ditujukan kepada guru
  • Berkongsi maklumat
  • Libatkankan diri dalam projek kumpulan

Image result for class











😼1.2.6 Mengambil Nota



Sewaktu proses P&P, pelajar haruslah mengambil nota untuk memahami konsep utama, pengekalan maklumat dan penerangan mengenai suatu topik yang kurang jelas. Nota yang diambil sangat membantu pelajar ketika mereka ingin membuat ulang kaji untuk peperiksaan yang akan datang. Oleh itu, pelajar digalakkan mengambil  nota. Nota yang berkesan akan membolehkan pelajar untuk mengingati apa-apa yang telah dibaca.
Image result for book


😼1.2.7 Refleksi

Pelajar perlu melakukan refleksi bagi persediaan pembelajaran. Oleh itu, pelajar perlulah mahir dalam mengenal pasti bahagian pelajaran yang baik dengan pelajaran yang memerlukan kerja tambahan agar tidak ketinggalan dan tercicir di dalam kelas. Pelajar juga mestilah menyemak keputusan peperiksaan ataupun keputusan ujian untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri dalam bidang akademik.

ARTIKEL SETERUSNYA

Ng Sheng Wen 😃 1.4  Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self Regulated Learning) Pembelajaran Regulasi Kendiri, atau dikenali se...