Wednesday, 18 September 2019


Ng Sheng Wen

😃1.4  Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self Regulated Learning)




Pembelajaran Regulasi Kendiri, atau dikenali sebagai SRL ialah proses pembelajaran yang mendorong para pelajar untuk menentukan matlamat dalam pembelajaran. Bukan itu sahahaja, SRL juga membantu pelajar untuk mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran serta hasil usaha mereka dalam proses memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dan teliti tentang sesuatu pembelajaran.


Antara sebab pelajar perlu SRL adalah untuk tujuan berikut:


(a) Meningkatkan pencapaian dalam akademik


(b) Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat (long-life-learning)


(c) Memberikan penghargaan intrinsik


(d) Meningkatkan dan memperluas pemahaman tentang ilmu pengetahuan yang    dipelajari


(e) Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah


(f) Memupuk sikap yang terpuji dan keterampilan diri sendiri


(g) Menilai halangan yang mungkin wujud dan melakukan tindakan yang diperlukan


(h) Memupuk sikap berdikari dalam diri pelajar agar dapat mencapai hasil pembelajaran secara efektif.


Menurut Zimmerman (2000) terdapat tiga fasa yang menentukan keberkesanan dalam proses pembelajaran regulasi kendiri seperti yang dijelaskan berikut:




(a) Fasa Pemikiran (Forethought Phase)


Para pelajar menganalisis tugas, menetapkan matlamat, merancang cara untuk mencapai kejayaan dan mempunyai motivasi bagi memacu proses dan mempengaruhi strategi pembelajaran.




(b) Fasa Pelaksanaan (Perfomance Phase)


Fasa pelaksanaan ini merujuk kepada pelaksanaan tugas yang dirancang leh para pelajar, memantau perkembangannya serta menggunakan beberapa strategi kawalan diri secara kognitif dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugas.




(c) Fasa Refleksi Kendiri (Self-Reflection Phase)


Pada fasa ini, pelajar akan membuat penilaian terhadap prestasi mereka sendiri ke arah matlamat akhir. Mereka membuat penilaian terhadap pelaksanaan, kejayaan atau kegagalan tugasan mereka. Penilaian ini menghasilkan reaksi dalam diri mereka yang boleh memberikan kesan positif atau negatif dalam diri pelajar ketika menyelesaikan tugasan.




Pelajar pembelajaran regulasi kendiri sentiasa berjaya kerana mereka sendiri akan mengawal tindakan mereka terhadap matlamat pembelajaran yang ditentukan. (Perry, Philips & Hutchinson, 2006) Pembelajaran regulasi kendiri seharusnya diaplikasikan dalam tiga fasa pembelajaran yang berbeza, iaitu fasa pertama, semasa pembelajaran awal; fasa kedua, ketika mengatasi masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran; dan fasa ketiga adalah ketika mengajar orang lain tentang ilmu pengetahuan yang telah dipelajari (Palincsar & Brown, 2009).



Terdapat 7 elemen dalam proses pembelajaran regulasi kendiri, iaitu:




(a) Motivasi Kendiri


Pelajar mempunyai keinginan untuk menyiapkan tugasan pembelajaran dengan berkesan. Motivasi tersebut mestilah dimunculkan atas kehendak diri sendiri berbanding dengan pengaruh luaran seperti ganjaran atau peneguhan. Pelajar akan mempunyai motivasi kendiri hanya dengan adanya keyakinan kendiri (self-efficacy) yanng tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran dengan baik.




(b) Merancang


Pelajar mengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang sedia ada bagi tugas pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri merancang awal tugasan pembelajaran dan menggunakan masa mereka dengan berkesan untuk mencapai matlamat mereka.




(c) Pengawalan tumpuan


Pengawalan dalam pembelajaran regulasi kendiri merujuk kepada tumpuan yang maksimum terhadap tugasan pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri cuba untuk menfokuskan tumpuan mereka terhadap isi pelajaran dan berusaha untuk tidak hilang fokus semasa proses pembelajaran.




(d) Aplikasi Strategi Pembelajaran


Pelajar memilih dan menggunakan strategi pembelajaran untuk memproses bahan yang telah dipelajari. Pelajar regulasi kendiri memilih strategi belajar yang berbeza bergantung kepada matlamat khusus yang inngin dipenuhi, contohnya cara mereka membaaca artikel majalah berbeza mengikut keadaan, iaitu untuk hiburan atau peperiksaan.




(e) Menetapkan matlamat


Mengenal pasti pengakhiran untuk aktiviti pembelajaran. Pelajar pembelajaran regulasi kendiri mengetahui tentang tugasan yang perlu diselesaikan apabila mereka belajar atau membaca. Mereka mungkin mahu mencari dan mempelajari fakta dengan lebih spesifik, mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau hanya mendapatkan pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan ujian di bilik darjah.




(f) Pemantauan kendiri


Pemantauan kendiri dilakukan dari semasa ke semasa untuk menyemak dan melihat sama adaperkembangan berlaku untuk mencapai matlamat. Pelajar pembelajaran regulasi kendiri sentiasa memantau perkembangan mereka semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran atau memodifikasikan matlamat mereka jika perlu.




(g) Penilaian kendiri


Pelajar menilai hasil terakhir daripada usaha sendiri. Pelajar pembelajaran regulasi kendiri menentukan sama ada apa-apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan.



untuk malumat yang lebih lanjut sila layari


1 comment:

Ng Sheng Wen 😃 1.4  Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self Regulated Learning) Pembelajaran Regulasi Kendiri, atau dikenali se...