Ng Sheng Wen
😃1.4 Pembelajaran Regulasi Kendiri
(Self Regulated Learning)
Pembelajaran Regulasi
Kendiri, atau dikenali sebagai SRL ialah proses pembelajaran yang mendorong
para pelajar untuk menentukan matlamat dalam pembelajaran. Bukan itu sahahaja,
SRL juga membantu pelajar untuk mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran
serta hasil usaha mereka dalam proses memperoleh pemahaman yang lebih mendalam
dan teliti tentang sesuatu pembelajaran.
Antara sebab pelajar
perlu SRL adalah untuk tujuan berikut:
(a) Meningkatkan
pencapaian dalam akademik
(b) Menggalakkan
pembelajaran sepanjang hayat (long-life-learning)
(c) Memberikan
penghargaan intrinsik
(d) Meningkatkan dan
memperluas pemahaman tentang ilmu pengetahuan yang dipelajari
(e) Mengisi masa lapang
dengan aktiviti yang berfaedah
(f) Memupuk sikap yang
terpuji dan keterampilan diri sendiri
(g) Menilai halangan
yang mungkin wujud dan melakukan tindakan yang diperlukan
(h) Memupuk sikap
berdikari dalam diri pelajar agar dapat mencapai hasil pembelajaran secara
efektif.
Menurut Zimmerman
(2000) terdapat tiga fasa yang menentukan keberkesanan dalam proses
pembelajaran regulasi kendiri seperti yang dijelaskan berikut:
(a) Fasa Pemikiran
(Forethought Phase)
Para pelajar
menganalisis tugas, menetapkan matlamat, merancang cara untuk mencapai kejayaan
dan mempunyai motivasi bagi memacu proses dan mempengaruhi strategi
pembelajaran.
(b) Fasa Pelaksanaan
(Perfomance Phase)
Fasa pelaksanaan ini
merujuk kepada pelaksanaan tugas yang dirancang leh para pelajar, memantau
perkembangannya serta menggunakan beberapa strategi kawalan diri secara
kognitif dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugas.
(c) Fasa Refleksi
Kendiri (Self-Reflection Phase)
Pada fasa ini, pelajar
akan membuat penilaian terhadap prestasi mereka sendiri ke arah matlamat akhir.
Mereka membuat penilaian terhadap pelaksanaan, kejayaan atau kegagalan tugasan
mereka. Penilaian ini menghasilkan reaksi dalam diri mereka yang boleh
memberikan kesan positif atau negatif dalam diri pelajar ketika menyelesaikan
tugasan.
Pelajar pembelajaran
regulasi kendiri sentiasa berjaya kerana mereka sendiri akan mengawal tindakan
mereka terhadap matlamat pembelajaran yang ditentukan. (Perry, Philips &
Hutchinson, 2006) Pembelajaran regulasi kendiri seharusnya diaplikasikan dalam
tiga fasa pembelajaran yang berbeza, iaitu fasa pertama, semasa pembelajaran
awal; fasa kedua, ketika mengatasi masalah yang dihadapi semasa proses
pembelajaran; dan fasa ketiga adalah ketika mengajar orang lain tentang ilmu
pengetahuan yang telah dipelajari (Palincsar & Brown, 2009).
Terdapat 7 elemen dalam
proses pembelajaran regulasi kendiri, iaitu:
(a) Motivasi Kendiri
Pelajar mempunyai
keinginan untuk menyiapkan tugasan pembelajaran dengan berkesan. Motivasi
tersebut mestilah dimunculkan atas kehendak diri sendiri berbanding dengan
pengaruh luaran seperti ganjaran atau peneguhan. Pelajar akan mempunyai
motivasi kendiri hanya dengan adanya keyakinan kendiri (self-efficacy) yanng
tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran
dengan baik.
(b) Merancang
Pelajar mengenal pasti
cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang sedia ada bagi tugas
pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri merancang awal tugasan pembelajaran dan
menggunakan masa mereka dengan berkesan untuk mencapai matlamat mereka.
(c) Pengawalan tumpuan
Pengawalan dalam
pembelajaran regulasi kendiri merujuk kepada tumpuan yang maksimum terhadap
tugasan pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri cuba untuk menfokuskan tumpuan
mereka terhadap isi pelajaran dan berusaha untuk tidak hilang fokus semasa
proses pembelajaran.
(d) Aplikasi Strategi
Pembelajaran
Pelajar memilih dan
menggunakan strategi pembelajaran untuk memproses bahan yang telah dipelajari.
Pelajar regulasi kendiri memilih strategi belajar yang berbeza bergantung kepada
matlamat khusus yang inngin dipenuhi, contohnya cara mereka membaaca artikel
majalah berbeza mengikut keadaan, iaitu untuk hiburan atau peperiksaan.
(e) Menetapkan matlamat
Mengenal pasti
pengakhiran untuk aktiviti pembelajaran. Pelajar pembelajaran regulasi kendiri
mengetahui tentang tugasan yang perlu diselesaikan apabila mereka belajar atau
membaca. Mereka mungkin mahu mencari dan mempelajari fakta dengan lebih
spesifik, mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau hanya
mendapatkan pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan ujian di bilik darjah.
(f) Pemantauan kendiri
Pemantauan kendiri
dilakukan dari semasa ke semasa untuk menyemak dan melihat sama adaperkembangan
berlaku untuk mencapai matlamat. Pelajar pembelajaran regulasi kendiri sentiasa
memantau perkembangan mereka semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi
pembelajaran atau memodifikasikan matlamat mereka jika perlu.
(g) Penilaian kendiri
Pelajar menilai hasil
terakhir daripada usaha sendiri. Pelajar pembelajaran regulasi kendiri
menentukan sama ada apa-apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat
yang telah ditetapkan.
untuk malumat yang lebih lanjut sila layari