Wednesday, 18 September 2019

HAI, DIHARAP ISI BLOG SAYA INI DAPAT MEMBANTU ANDA SEMUA DALAM MELAKUKAN TUGASAN MASING-MASING😘

Muhammad Hazrul Imran Bin Abd Rashib


😃1.3 Ciri-ciri Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru



Persekitaran Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru (IPG)

Image result for ipg

     Menurut Robert M Gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu manakala Anita E. Woolfolk pula menyatakan pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang pernah dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.
Image result for study

     Selain itu, Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG. Walaubagaimanapun, Bimbingan pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.

Image result for assignment ipg


     Bukan itu sahaja, pembelajaran di IPG ini juga banyak melakukan aktiviti Tutorial dimana guru pelatih diberikan tugas masing-masing dan mereka harus membentangkan hasil tugasan mereka. Selain itu, aktiviti secara berkumpulan juga banyak diterapkan semasa di kursus ini. Hal ini , akan membuatkan guru pelatih ini melatih sikap berkerjasama dalam melakukan tugasan tersebut.Oleh itu, mereka akan dapat bertukar idea sesama sendiri ketika melaksanakan tugasan berkumpulan.


KELEBIHAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN YANG DITERAPKAN DI IPG    

        
     Seterusnya, Pelajar IPG juga akan lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.Di IPG, pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan.Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan Pelbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan. Pelajar perlu menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan. Maklumat yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan.


       Untuk pengetahuan semua di IPG juga pelajar diajar menggunakan pelbagai unsur yang menggunakan "internet". seperti penggunaan perpustakaan atas talian  sebagai contoh klik ( ipgelib ). Hal ini, akan memudahkan guru pelatih mencari bahan-bahan untuk membuat tugasan mereka.

Image result for GAMBAR  JURNAL
     Di samping itu, Pelajar juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.pelajar juga mesti mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu menghasilakan bentuk penulisan yang menarik dan senang difahami.Pelajar IPG lebih banyak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan bahan pembelajaran amnakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada buku teks.Bukan itu sahaja, Pelajar IPG perlu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks.


Image result for class


       Akhir sekali, Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG.Pelajar IPG perlu meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.Selain itu, guru pelatih di ipg ini perlulah pandai menggunakan teknik pembelajaran kendiri,Pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich, 1995).Pembelajaran regulas kendiri berpusatkan pelajar di ana pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri serta pembelajaran yang telah diperoleh.pembelajaran regulasi kendiri mampu meningkatkan pencapaian dalam akademik, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan memberikan penghargaan intrinstik.
     
Image result for study

PERHATIAN!!!!
JIKA KAMU SEMUA INGIN MENGETAHUI MAKSUD PEMBELAJARAN,TESIS,PROSIDING DAN LAIN-LAIN. ANDA HANYA PERLU MENEKAN PERKATAAN YANG BERWARNA JINGGA  DI BLOG SAYA INI....TERIMA KASIH :)

SEBAGAI CONTOH -----  PEMBELAJARAN

JIKA DIDALAM BLOG SAYA INI TERDAPAT BANYAK KEKURANGAN, SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON KEMAAFAN, DAN ANDA SEMUA BOLEH MEMBANTU SAYA UNTUK MEMPERBAIKI KESILAPAN DENGAN KOMEN DI BAWAH :)


  

No comments:

Post a Comment

Ng Sheng Wen 😃 1.4  Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self Regulated Learning) Pembelajaran Regulasi Kendiri, atau dikenali se...